Ran Mouri
Ran Mouri

Ran Mouri

Ran Mouri (毛利 蘭, Mōri Ran), ialah watak utama dalam siri anime dan manga Detektif Conan. Di Amerika Syarikat, Detektif Conan dikenali sebagai Case Closed. Ran bersahabat dengan Shinichi Kudo sejak kecil lagi, sepertimana Kaito Kid bersahabat dengan Nakamori Aoko. Perhubungan mereka yang rapat membuahkan perasaan cinta, namun mereka tidak berani meluahkannya. Apabila Shinichi Kudo dipaksa menelan pil APTX4869 oleh Organisasi Hitam, tubuhnya mengecil dan menjadi seorang budak. Shinichi mendapatkan bantuan Profesor Agasa untuk menyembunyikan identitinya dan dirinya mulai dikenali sebagai Edogawa Conan. Conan tinggal bersama Ran kerana ayah Ran, iaitu Kogoro Mouri ialah penyiasat persendirian. Oleh itu Conan berpendapat, jikalau dia tinggal bersama sama dengan Ran, dia boleh memperolehi maklumat mengenai Organisasi Hitam. Kadangkala Ran mengesyaki Conan ialah Shinichi, namun begitu keadaan selalu menyebelahi Conan untuk terus merahsiakan identitinya yang lain, iaitu Shinichi daripada Ran. Cita-cita Ran adalah untuk menjadi ahli karate di seluruh Jepun. Ran memiliki sifat yang lemah lembut, namun kadangkala memiliki sifat keras hati. Dia mudah menangis, apabila teringat akan Shinichi.

Berkaitan